Tuesday, May 6, 2008

RENUNG RENUNGKANLAH

Dunia kini hura hara dengan pelbagai bentuk permasalahan yang terhasil dari sikap TIDAK PUAS HATI. Ini berlaku kerna sikap yang tak pernah mahu muhasabah pada diri. Kita lupa dunia ini adalah sebuah tempat dimana manusia akan senantiasa diDUGA. Malang sekali manusia yang kurang fahaman terhadap kehidupan itu telah menukar akan pengertian DUGAAN kepada MASALAH. Apakah dugaan dan masalah itu mempunyai pengertian yang sama? Dugaan adalah UJIAN dan masalah pula merupakan AZAB yang mana ianya akan mengganggu JIWA.

Mari kita sama sama renungkan akan sikap yang timbul dikalangan pemimpin dan masyarakat Malaysia selepas PRU12. Sebelum Tun M meletakkan jawatan sebagai PM ramai beranggapan bahawa BN akan menerima kekalahan yang teruk jika Tun M terus memerintah lalu diserahkan jawatan itu kepada Pak Lah pada 2003. Sebelum Tun M meletak jawatan, dendam rakyat terhadap pemerintah sudah pun terpahat pada ketika itu diatas pelbagai bagai isu ketika pemerintahan Tun M seperti PERWAJA, BMF, KUASA RAJA RAJA, BAHASA, MEMALI dan pelbagai lagi. Isu isu ini akhirnya lenyap. Kemudian kuasa PM berpindah pula ketangan Pak Lah. Pada PRU12 ketika Pak Lah menerajui negara, beliau telah diberi kemenangan besar malah mencatatkan satu rekod kemenangan yang terbesar dalam sejarah pilihanraya. Kenapa berlaku demikian?

Pada ketika itu Pak Lah disangka Mr. CLEAN. Beliau dianggap sebagai satu tokoh terbilang dalam soal AGAMA kerana beliau adalah cucu Tok Wali dan juga anak kepada tokoh agama yang disegani. Rakyat berbangga dengan DAMAI ABADI yang disampaikan Pak Lah pada awal pemerintahannya yang akhirnya menimbulkan pelbagai persoalan apabila diperkenalkan pula ISLAM HADARI. Disini bermulalah keraguan masyarakat Islam terhadap kefahaman yang ada pada Pak Lah. Masalah sosial dikalangan remaja meningkat dengan begitu hebat sekali. Apakah ini HADARI? Keraguan pada Pak Lah bertambah tambah hebat apabila setelah muncul Khairy didalam kehidupan Pak Lah. Dahulunya rakyat juga tahu bahawa Khairy adalah kekasih kepada anak Anwar. Apabila Anwar sangkut, Khairy terus tukar kapal. Apakah matlamat budak Khairy ni? Sekarang matlamat Khairy dah tercapai. Setelah menerima kekalahan teruk pada PRU12, Khairy terus hilang publisiti. Kenapa?

Siapa Anwar? Siapa Pak Lah yang membebaskan Anwar dan Siapa Khairy yang menyambut Anwar dipintu penjara? Diatas arahan siapakah mereka ini bertindak? Renung renungkanlah? Apakah matlamat utama para pejuang UMNO? Pak Lah pernah menggunakan ayat ini ketika berlaku peristiwa Al Ma unnah, JIKA SAYA MENJADI MENTERI YANG BERSANGKUTAN INSIDEN TERSEBUT MAKA SAYA AKAN LETAK JAWATAN. Sekarang macam mana?

Pak Sheikh Anwar sebelum dihukum pernah disembahyang hajat oleh umat Islam seluruh dunia, dimasjidil haram akan tetapi tidak dikabulkan. Apakah salah beliau terhadap Agama, Bangsa dan Negara sehingga azab Tuhan didatangkan sedemikian? Kita umat Islam percaya bahawa segala azab yang menimpa diri kita adalah KIFARAH dari Tuhan. Kenapa teguran itu didatangkan kepada Anwar? Siapa Anwar dalam menegakkan AGAMA, Bangsa dan negara? Apakah kita manusia sudah tidak perlu pada KEREDHOAN ALLAH SUBHANAHUWATA'ALA? Renung renungkanlah dengan terperinci akan sikap dan hala tuju para pemimpin kita. HENTIKANLAH SIKAP SUKA MENGANDAI DAN BERPIJAKLAH DIBUMI YANG NYATA!!!!








Sunday, May 4, 2008

MENITI KEBENARAN

Mentari tidak pernah mengecualikan sesiapa atau apa untuk disinarinya. Sang kelkatu pula akan terus mengorbankan diri demi cintanya pada cahaya tanpa menghiraukan sama ada cahaya itu datangnya dari masjid, gereja, kuil mahupun dari mana sekali datangnya. Apa pula permasalahan manusia dalam meniti arus kehidupan sehingga sanggup melakukan atau mengorbankan apa juga demi memiliki harta, tahta, mahkota dan wanita? Apakah semua ini merupakan suatu kemestian buat manusia dalam meniti arus kehidupan sebelum ajal maut menjemput?

Maut tidak pernah mengenal usia atau siapa. Apabila terhenti sahaja nafas dan degupan jantung, apa juga yang dimiliki manusia pasti tiada erti. Maka marilah kita sama sama berhenti sejenak dan merenung kembali akan kesilapan yang telah dilakukan pada masa lampau supaya dapat diperbaiki demi menuju suatu kehidupan yang lebih pasti. Keseluruhan isi kandung bumi maya ini hanyalah merupakan barangan milik sementara melainkan dua perkara yaitu ILMU dan AMAL. Kehidupan itu sendiri merupakan barang sementara dan begitu juga segala apa yang dimiliki. Rumah besar, kereta besar, isteri-isteri, anak-anak dan apa juga yang dimiliki tidak mungkin dapat dibawa bersama apabila sudah tamat tempuh kehidupan.

Hasil yang diperolehi daripada sikap suka mengejar harta, tahta, mahkota dan wanita, ialah berlakunya pelbagi bentuk penindasan dan kekejaman yang kini berleluasa di mana-mana. Manusia kini sanggup melakukan apa juga perkara asal dapat memiliki harta, takhta, mahkota dan wanita. Bukan hanya sekadar menindas malahan ada yang sanggup membunuh demi untuk mengecapi empat perkara tersebut. Ke empat anasir ini merupakan fakta utama yang membentuk keegoan yang ada pada diri kita tanpa disedari.

Apakah kita manusia didatangkan ke dunia ini semata-mata untuk mengisi perut dan untuk memuaskan nafsu semata? Jika benar demikian, kenapa manusia itu dikatakan sebaik-baik kejadian? Tidakkah secebis AKAL yang telah dianugerahkan kepada manusia itu telah membenarkan bahawa kejadian kita manusia adalah terlebih mulia berbanding segala kejadian yang ada? AKAL bertindak sebagai sebuah neraca bagi kita untuk membedakan antara yang hak dan yang batil, yang baik dan buruk, yang tulin dan yang palsu dan pelbagai lagi supaya dapat kita membentuk satu kehidupan yang tenang dan hakiki.

Apakah perkara atau hal sebenar yang dicari atau diidamkan oleh setiap manusia yang menghuni bumi maya ini sebelum maut datang menjemput? Jika harta, takhta, mahkota dan wanita menjadi matlamat utama manusia yang hanya merupakan barangan sementara dimana tanpa kita sedari walau sebanyak mana sekalipun yang telah dapat kita miliki, nilai dan jumlahnya tidak mungkin dapat dinoktahkan atau dengan ertikata lain, apa saja yang kita miliki tidak pernah mencukupi. Jika segala yang dicari itu tidak pernah mencukupi, dengan siapakah sebenarnya kita sedang berdusta? Tidakkah kita ini senantiasa berada dalam keadaan berdusta pada diri sendiri? Apabila kita dapat berdusta pada diri sendiri maka untuk mendustai orang lain sudah pastilah menjadi suatu perkara mudah. Berhentilah berhipokrit pada diri sendiri.

Cubalah kita ajukan persoalan ini pada diri kita sendiri setiap hari sebelum tidur atau sesudah bangun, apakah sebenar benar perkara dicari atau diidamkan oleh kita sejak bermula kehidupan sehinggalah maut menjemput? Maka itu Sang Maha Pencipta telah membekalkan pada setiap kelahiran dengan sebuah kepercayaan yang kemudiannya membentuk sebuah agama yang menjadi satu garis panduan didalam melaksanakan tugas tugas dalam kehidupan. Tidak ada sebarang manusia pun yang menghuni bumi maya ini dapat memboloskan diri daripada kena PERCAYA. Ada juga yang mengandaikan bahawa kaum Atheis (free thinker) adalah orang yang tidak mempunyai kepercayaan. Akan tetapi tidakkah Atheis itu sendiri merupakan satu kepercayaan. Suka atau tidak, sedar atau tidak, Atheis itu juga merupakan satu kepercayaan. Persoalannya disini ialah, apa itu PERCAYA? Apakah hal atau ciri yang perlu ada pada setiap kaum sebelum dapat dibenarkan kepercayaan yang telah difitrahkan keatas diri kita? Sejak awal kejadian lagi manusia telah diutuskan begitu ramai Nabi dan Rasul. Untuk apa didatangkan semua itu? Tidakkah mereka itu didatangkan bagi membenarkan sesebuah kepercayaan iaitu mempercayai TUHAN YANG SATU. Maka itu benarlah bahawa Sang Maha Pencipta itu tidak pernah menzalimi sesiapa melainkan diri mereka sendiri. Tidak ada sebarang manusia pun yang dapat memboloskan diri dari kena percaya.

Percaya adalah IMAN dan AGAMA pula merupakan tatacara kehidupan. Anehnya, tidak ada sebarang Agama pun yang menyeru pada melaku kemungkaran akan tetapi mengapa wujud pembunuhan, penindasan, kezaliman pada semua bangsa dan agama. Pada hakikat kehidupan yang sebenar, apa yang amat diidamkan oleh semua manusia hanyalah sebuah KETENANGAN PADA JIWA samada ianya disedari mahupun tidak. Tidak ada sebarang manusia pun yang tidak menginginkan ketenangan pada jiwa samada ianya kaya atau miskin, cacat atau sempurna dan sebagainya.

Sang Maha Pencipta tidak pernah menzalimi ciptaanNya maka itu yang menzalimi diri kita adalah diri kita sendiri. Kenapa berlaku demikian? Kemuliaan seseorang manusia itu akan diangkat menjadi bintang yang menghiasi langit dan jika dihina, manusia itu adalah lebih hina daripada haiwan kerna sikap keegoan yang ada pada diri sendiri. EGO(hasad) merupakan suatu penyakit yang paling merbahaya pada kehidupan manusia. Sebagai bukti yang jelas dan nyata, tidak pernah ada sebarang manusia pun yang pernah mahu mengakui kesilapan yang dilakukan diri sendiri malahan lebih suka menuding jari mencari kesilapan yang ada pada pihak lawan dan hal tersebut amatlah digemari oleh hampir setiap manusia.

Cubalah direnungkan ungkapan ini, kanak kanak itu adalah ibarat kain putih dan yang mencorakkan kanak kanak tersebut adalah kedua ibu bapa dan seluruh masyarakat sekalian. Kata kata ini memang benar dan tepat sekali. Akan tetapi, apabila akal kita sudah mula dapat berfungsi dengan waras, setiap perlakuannya pula akan berubah mengikut apa yang difahami oleh diri masing masing. Disini akal memainkan peranan paling utama didalam membentuk sebuah keperibadian dalam kehidupan yang akan menentukan sebuah kehidupan yang aman dan harmonis. Maka reformasi minda itu perlu ada pada setiap manusia yang inginkan kehidupan yang aman dan harmoni. Disini pula ILMU memainkan peranan yang paling penting dalam menyempurnakan secebis akal yang dimiliki setiap manusia. Ilmu merupakan makanan akal dan tanpa ilmu akal itu mati.

ILMU MENGUASAI DUNIA (Knowledge rules the world). Dengan memiliki ilmu seseorang itu pasti akan dihormati, disegani dan digeruni. Janganlah kita menjadi ahli dikalangan orang orang yang bodoh lagi sombong bak kata pepatah cerdik tak boleh ditumpang, bodoh tak boleh diajar. Sang Maha Pencipta senantiasa mengajar manusia melalui setiap ciptaanNya. Buktinya, setiap apa juga perkara atau benda yang dipertontonkan Sang Maha Pencipta kita merupakan bahan petunjuk(iqtibar) buat semua manusia. Tidak ada suatu perkara pun pada alam maya ini yang dijadikan Sang Maha Pencipta itu tanpa maksud atau sia sia. Cuma kejahilan pada diri telah menghijabkan segala yang dipertontonkan. Maka jadilah kita dari golongan yang mempunyai mata tidak mahu melihat dan telinga tidak mahu mendengar.

Kehidupan merupakan suatu MINDSET atau KETETAPAN MINDA dimana setiap perbuatan atau tindak tanduk manusia itu akan bertindak mengikut apa yang telah ditetapkan atau difahami oleh akal masing masing. Akal yang dimiliki setiap manusia tidak mungkin dapat berfungsi atau bertindak(berfikir) melebihi tiga cara iaitu YANG WAJIB, YANG MUSTAHIL dan YANG HARUS. Yang wajib disini bermaksud, sesuatu hal yang tidak boleh tidak dan ianya adalah suatu hal yang PASTI. Yang mustahil pula bermaksud sesuatu yang TIDAK MUNGKIN BERLAKU. Akhirnya yang harus itu pula ialah sesuatu yang berdiri diantara yang wajib dan mustahil seperti sesuatu perkara iaitu yang MUNGKIN BERLAKU DAN MUNGKIN TIDAK. Jika dalam bahasa inggeris ianya diistilalahkan sebagai CONSCIOUS, UNCONSCIOUS dan SUBCONSCIOUS. Inilah hukum mutlak yang telah ditetapkan keatas akal sejak dari awal kejadiannya. Walau apa juga perkara yang difikirkan oleh manusia didalam kehidupan seharian, ianya tidak mungkin dapat bertindak melebihi tiga ketetapan tersebut.

Sejak awal kejadian lagi, ILMU merupakan perkara paling penting didalam mengurus soal kehidupan. Dalam mengharungi kehidupan yang dianggap serba canggih dan bertamadun ini, kita bertanggapan bahawa kita sudah bebas melepasi zaman jahiliyah dan kini didalam kehidupan yang dianggap lebih moden dan bertamadun. Jika benarlah tanggapan kita itu, kenapa penindasan masih lagi berleluasa dimana mana seperti bapa bunuh anak, anak bunuh bapak, adik bunuh abang, sumbang mahram, yang kaya menindas simiskin dan pelbagai lagi. Iman dan kepercayaan bukanlah satu barangan boleh dibeli atau ditukar milik dari satu individu keindividu yang lain?

Rata rata manusia masa kini sudah tidak lagi mahu mempersoalkan akan hal hal yang dapat mengukuhkan keimanan(percaya) yang ada pada diri masing masing. Kepercayaan yang ada pada masa kini hanyalah sekadar ikut ikutan. Jika ditanya pada orang Islam, kenapa kamu Islam? Maka dijawabnya, bukankah aku dilahirkan didalam keluarga Islam, maka Islam lah aku. Bagaimana jika kamu itu dilahirkan Kristian? Maka Kristian lah aku. Kepercayaan disini hanyalah sekadar ikut ikutan. Inilah rata rata bentuk kepercayaan yang ada pada manusia yang sedang mengharungi zaman yang dianggap moden dan bertamadun. Agama pula yang pastinya bukanlah barang milik mutlak sesuatu bangsa atau kaum. Maka itu jelas dapat kita lihat bahawasanya didalam Islam itu terdapat pelbagi bangsa, begitu juga pada Kristian dan seterusnya pada agama mana sekalipun.

Apakah manusia itu diberi hak untuk menentukan dari keluarga dan bangsa manakah untuk ianya dizahirkan kedunia ini? Dapatkah kita memohon kepada Tuhan supaya kita itu dilahirkan dalam keluarga Islam atau mana mana agama sekalipun? Apakah Agama itu membuktikan tahap kebenaran seseorang? Jika benar sedemikian, sudah tentu Tuhan itu boleh dianggap zalim kerana mengizinkan kita dilahirkan dari golongan orang orang kafir. Yang pasti tidak ada sebarang manusia pun yang pernah atau dapat memohon untuk dilahirkan kedunia dan sebaliknya kita sudahpun berada didunia yang nyata sekarang ini. Persoalannya di sini, apakah kita tahu dan faham akan hakikat sebenarnya kenapa kita ini dizahirkan ke dunia ini. Setiap yang hidup pula pasti akan merasat mati. Tidakkah kematian itu pula membuktikan bahawa dunia ini hanya merupakan tempat persinggahan sementara atau dengan erti kata lain dunia ini hanyalah merupakan tempat sementara buat semua yang hidup.

Bermulalah hari hari kita dengan bermuhasabah pada diri sendiri. Dari mana kita, dimana kita dan kemana kita? Sang Maha Pencipta tidak pernah menzalimi sesiapa atas ciptaanNya melainkan kita sendiri yang senantiasa menzalimi diri kita sendiri. Kita dibekalkan oleh Akal dan makanan Akal adalah Ilmu. Tidak ada sebarang alasan bagi kita didalam mencari Ilmu kecuali mereka mereka yang bodoh dan sombong. Tidak ada sebarang manusia pun yang dapat dihalang daripada mencari Ilmu kerana ilmu ada dimana mana asalkan kita mahu mencari atau lebih tepat lagi jika kita mahu berfikir.

Dalam mengharungi dunia yang serba canggih ini, masa sudah semakin berkurangan bagi manusia untuk mencari ilmu. Walaupun segala tugas dalam kehidupan telah dipermudahkan dengan adanya kemudahan seperti mesin cuci pakaian, mesin cuci pinggan, alat pengisar, telifon bimbit, kemudahan pengangkutan dan pelbagai lagi peralatan yang canggih, akan tetapi masa semakin tidak mencukupi bagi kita untuk menimba ilmu demi membentuk iman yang lebih mantap dan sempurna. Kenapa demikian? Demi masa, sesungguhnya manusia itu senantiasa berada didalam kerugian. Pengaruh apa dan siapakah yang telah menyibukkan kita manusia sehingga tidak mempunyai waktu untuk mencari ilmu. Kita lebih asyik terhadap hal mengejar harta, tahta, mahkota dan wanita. Manusia sanggup melakukan apa sahaja demi empat perkara ini. Suatu ketika dahulu, manusia sanggup menjadi hamba pada guru demi untuk memperoleh ilmu. Sekarang pula manusia mengambil persepsi mudah terhadap ilmu dengan hanya mengandaikan apa yang diperkatakan orang ramai, maka itulah yang dianggap benar tanpa menyelidiki maksud yang tersirat.

Kita manusia telah dianugerahkan lima PANCAINDERA bagi membenarkan sesuatu hal atau perkara. Dengan lima pancaindera yang dianugerahkan kepada kita maka setiap yang nyata dan ghaib dapat dikesan dan benarkan. Sebagai contoh, deria sentuhan dan pendengaran yang ada pada sibuta dapat membenarkan sesuatu benda atau perkara. Sipekak atau kurang daya pendengaran pula dapat menerima arahan melalui apa yang diisyaratkan padanya dan sibisu yang tidak dapat berkata kata pula dapat menyampaikan hasratnya melalui isyarat anggota tubuhnya. Selagi akal dapat berfungsi maka tiada sebarang alasan bagi manusia didalam mencari kebenaran terkecuali budak yang baru lahir dan orang gila. Maka itu, hanya dua jenis manusia ini yang telah dijaminkan surga bagi mereka dan sekiranya benarlah kedua insan yang tidak berakal ini dijaminkan surga bagi mereka, apa pula masalah dengan manusia yang berakal dimana belum dijaminkankan tempat kita sesudah mati?

Sepertimana yang telah dinyatakan pada awal bab tadi tentang AKAL. Kedua jenis iaitu budak baru lahir dan orang gila ini tidak BERAKAL, jadi apa pula masalah dengan kita manusia yang berakal. Apa yang pasti, gaya atau perilaku kedua peribadi itu tidak mungkin dapat diikut, ditiru atau dipura purakan oleh mereka mereka yang waras seperti berjalan tanpa pakaian atau memakan makanan dari tong sampah.

Suatu sikap yang amat digemari oleh setiap penghuni maya ini ialah suka menuding jari mencari kesalahan lawan sedang mereka lupa bahawa setiap kali jari dituding kearah lawan, tiga lagi jari akan dituding kearah diri sendiri. Sebelum kita mengatakan salah pada pihak lawan, apakah syarat syarat yang perlu ada pada kita sebelum kita layak berbuat demikian. Tidakkah yang betul itu terlebih dahulu wajib ada pada kita kerana apabila kita diminta untuk menjelaskan apakah yang dikatakan benar, kita sudah bersedia memberi penjelasan. Jika tak kenal hitam, bagaimana hendak menerangkan apa itu putih. Tidakkah hukum itu suatu perkara yang pasti. Bukankah hukum itu milik mutlak Sang Maha Pencipta. Setiap azab dan musibah yang menimpa diri kita samada suka atau tidak adalah KIFARAH dari yang Maha Esa. Tidakkah kifarah itu merupakan suatu teguran dari yang Maha Kuasa. Jika kita faham bahawa itu adalah teguran Sang Pencipta mengapa masih angkuh? Renungkanlah pada diri sendiri dan bertanyalah pada diri sendiri kenapa aku diberi teguran. Setiap yang menimpa diri kita adalah pasti dari Yang Maha Kuasa. Maka disini, hukumlah diri kita sendiri sebelum kita menghukum orang lain.

Setiap apa yang dipertontonkan oleh Sang Maha Pencipta bagi kita yang berakal waras adalah semata mata untuk dipelajari dan mengkaji akan hal hal yang tersirat disebalik apa yang disuratkan Tuhan pada kita. Jika adanya zahir maka sudah pasti ada batin dan jika adanya awal pasti ada akhir. Maka itu, setiap kejadian itu dijadikan berpasang pasang adalah semata mata bertujuan supaya dapat kita kenal mengenal diantara satu sama lain. KENAL disini dapat ditafsirkan dari pelbagai sudut. Sebagai contoh yang mudah, kita mengenal ibu kita dan kawan kita mengenal ibu kita tidak mungkin sama. Begitu juga terhadap kepercayaan Tuhan Yang Satu yang berubah menjadi pada pelbagai bentuk kepercayaan. Persoalan inilah yang perlu diusul oleh setiap manusia yang menghuni alam maya ini yang mahu beragama sehingga dapat membenarkan yang mana HAK (benar) dan mana BATIL (palsu). Matlamat sebenar kita mengusul ialah untuk mencari yang asal. Syarat bagi mengusul sesuatu hal haruslah melalui empat proses iaitu MENGAJI, MENGKAJI, MENGUJI dan MEMASTI. Sebelum melalui keempat proses tersebut maka ada beberapa syarat yang harus ada pada kita iaitu :- 1. KASIH 2. IKLAS 3. BERANI 4. PENGORBANAN 5. SABAR 6. REDHA.


Sebelum memulakan perjalanan disini ingin saya ulangi sekali lagi bahawa setiap hal atau perkara yang hendak direnung wajiblah melalui tiga kaedah iaitu dari sudut WAJIB, MUSTAHIL dan HARUS yang ada pada hal atau perkara yang hendak direnungkan.

SETIAP KELAHIRAN ADALAH SEBUAH FITRAH

Kenapa dikatakan bahawa setiap kelahiran itu adalah sebuah FITRAH? Tidak ada sebarang manusia pun yang dapat menentukan kelahirannya sama ada dari keturunan mana, bangsa mana, agama apa, nama apa atau ditempat mana ianya mahu dilahirkan. Yang pasti adalah setiap kelahiran adalah ibarat kain putih dan yang mewarnakan kanak kanak tersebut adalah kedua ibu bapa dan masyarakat am nya akan tetapi setelah akal yang ada pada setiap kelahiran itu dapat berfungsi dengan waras maka adalah wajib bagi mereka untuk menentukan arah tuju diri masing masing.

Cubalah renungkan akan sikap yang ada pada mereka yang baru dilahirkan dimana mereka tatkala itu masih belum bernama. Apakah mereka tahu siapa diri mereka, siapa ibu bapa mereka, apa keturunan mereka, apa agama mereka dan dimana mereka? Jawapannya sudah pasti tidak. Tatkala kali pertama diletakkan pada dada ibu, siapa pula yang mengajar bayi tersebut untuk menghisap susu yang ada pada sang ibu? Apakah pada detik pertama bayi yang menghisap susu itu tahu bahawa sipemberi susu itu adalah ibu nya yang sejati? Sudah pasti juga tidak. Buktinya, barang siapa yang membesarkan bayi tersebut, maka orang itulah yang akan dikatakan ibunya. Jika seorang bayi dari keturunan india dibesakan oleh orang melayu maka sudah pasti melayu tersebut akan disangka ibunya jika terus disembunyikan identitinya hingga keakhir hayat. Bukti bukti sebegini sudah banyak dipertontonkan pada kita dari Yang Maha Kuasa.

Setelah bayi ini membesar, satu lagi sikap telah dipertontonkan pada kita adalah pada hal nafsu syawatnya. Apakah mereka tahu jantina mereka walaupun sudah berusia lima tahun? Jika benar demikian, kenapa tidak teransang oleh sex walaupun dicampurkan pasangan yang berlainan jantina ketika itu. Tidakkah ini membuktikan bahawa mereka itu berbeza dengan kita yang sudah dewasa. Sekali lagi keadaan sangka itu dipertontonkan. Seorang anak dari penganut kristen jika dibesarkan oleh orang islam sudah pasti akan mengamalkan cara hidup islam apabila ia meningkat dewasa. Disini akan berulang lagi hal sangkaan pada diri tersebut.

Apakah perihal sangkaan ini akan terus berkekalan pada diri masing masing? Lihatlah pada semua hal yang berlaku pada sekeliling kita. Seorang anak angkat akan pasti mengenal ibunya yang sejati apabila identitinya dibongkar. Apakah kehidupan itu cukup dengan hanya mengandaikan kehidupan tersebut? Maka disini, manusia itu dibekalkan dengan akal bagi memastikan setiap hal yang berlaku. Dimanakah relevannya pada kehidupan yang hanya berdasarkan sangkaan?